Kedua-dua penyu jantan itu ditemui pada jarak kira-kira 100 meter antara satu sama lain dan dianggarkan berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun. 

Seorang penduduk dari Kampung Geliga, Mohd. Shahridzuan Zakaria, 27, berkata, seorang rakannya nyaris tersepak bangkai seekor penyu ketika mereka sedang berjoging di kawasan pantai.

"Saya bersama dua lagi rakan keluar berjoging kira-kira pukul 6.30 pagi. Salah seorang rakan saya yang berada dihadapan hampir tersepak bangkai seekor penyu yang terdampar," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Teluk Mak Nik di sini hari ini.

Manakala menurut seorang pengunjung, Massnah Sudin, 57, dia bersama suami terkejut apabila mendapati penyu yang ditemuinya itu tidak lagi bernyawa.

Massnah berkata, mereka pergi ke pantai tersebut untuk bersiar-siar sebelum ternampak seekor penyu yang tidak bergerak di tepi pantai. - K! ONLINE