Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Alam Sekitar Kedah, Ooi Tze Min berkata, pembakaran sampah seperti getah, besi dan bahan buangan lain dipercayai daripada premis barang lusuh dan kilang kitar semula plastik dilakukan secara terbuka.

Menurutnya, siasatan Ja­­­­­­batan Alam Sekitar (JAS), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah me­­ngesan 22 lokasi tapak pelupusan sampah haram di daerah itu.

Antara lokasinya ialah berhampiran Taman Perbandaran di Sungai Tukang, Taman Kempas, di bawah talian elektrik Tenaga Nasional Berhad di Taman Pekan Baru, Pulau Tiga dan Padang Temusu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.