Keluarga yang terlibat dengan kematian hanya mendapat ihsan mereka yang mempunyai lori kayu tiga tan untuk membantu menghantar jenazah ke tanah perkuburan yang terletak di rancangan tanah berkenaan.
 
Seorang peneroka, Mohd. Zain Hassan, 61, berkata, mereka merayu individu berkemampuan atau agensi kerajaan supaya dapat menyumbang sebuah van jenazah untuk rancangan tanah itu.

Katanya, jika cuaca hujan keadaan lebih menyulitkan untuk menghantar jenazah sehingga keranda yang berada atas lori basah.
 
”Kebanyakan rancangan tanah lain sudah ada van jenazah atas sumbangan pelbagai pihak, tetapi Felda Perasu masih ketinggalan.

“Kami peneroka Felda Perasu berasa sedih juga kerana setiap kali ada kematian terpaksa meminjam lori kayu milik peneroka untuk hantar jenazah ke tanah perkuburan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. - K! ONLINE.