Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, segala usaha yang dijalankan secara berterusan itu adalah demi melahirkan modal insan terbaik menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Najib menambah, perkhidmatan pendidikan sentiasa menjadi keutamaan tinggi dalam susunan agenda kerajaan, malah dikhaskan peruntukan sebanyak RM56 bilion melalui Bajet 2018.

“Ia (peruntukan pendidikan) adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain secara purata. Jika hendak dihitung subsidi kepada pelajar, memang besar sekali.

“Bagi setiap pelajar sekolah rendah, RM8,000 subsidi ditanggung kerajaan untuk setahun, tiap pelajar sekolah menengah pula RM10,000 subsidi setahun.

“Di institusi pendidikan tinggi, lebih 90 peratus kos ditanggung kerajaan,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sam­butan Hari Guru dan Kecemerlangan Pendidikan Pekan: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan di Dewan Canseleri Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.