Ahmad Razif yang melawat bayi berkenaan di Wad Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menyampaikan sumbangan daripada Tabung Darul Iman, Terengganu kepada ibu bayi itu, Siti Rokiah Ab Wahab, 39, seorang suri rumah.

Dalam lawatan itu, Ahmad Razif berkata, bantuan itu secara tidak langsung telah melengkapkan jumlah kos perubatan bayi berkenaan sebanyak RM250,000 ke Hospital Renji, Shanghai di China untuk rawatan lanjut pada 23 Mac ini.

Beliau berkata, Tabung Darul Iman adalah satu tabung yang diwujudkan untuk membantu meringankan bebanan rakyat negeri Terengganu yang ditimpa musibah atau kurang bernasib baik dengan membiayai pelbagai bantuan yang bersesuaian termasuk perubatan.

Muhammad Faris Wafiuddin, anak bongsu daripada empat beradik itu menderita penyakit 'Billiary Atresia' iaitu kerosakan saluran hempedu menyebabkan bahan kumuh tidak dapat dikeluarkan dari tubuh dan keadaan itu boleh menyebabkan kerosakan hati. - Bernama