Mangsa berusia 49 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur berkenaan yang menyertai ekspedisi mendaki bukit berkenaan bersama 24 pendaki lain dilaporkan mengalami kemalangan itu pada pukul 12.45 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Zul Azman Jamaludin berkata, wanita terbabit tercedera selepas kakinya tersandung akar sebatang pokok di lokasi kejadian menyebabkannya terjatuh bersama beg disandang di belakang badannya.

"Sewaktu kejadian, mangsa yang telah menyertai ekspedisi pendakitan terbabit bersama 24 pendaki lain sejak Sabtu lalu sedang menuruni Bukit Tobat untuk ke tapak kem yang terletak di Taman Rekreasi Cemerong, Hulu Dungun dekat sini.

"Sebaik menerima maklumat berhubung insiden itu, sepasukan bomba telah melakukan pendakian bagi misi penyelamatan tersebut dengan bantuan beberapa malim gunung," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Zul Azman berkata, pasukan bomba mengambil masa hampir tiga jam sebelum tiba di lokasi kejadian pada pukul 3.30 petang sebelum terus melakukan rawatan kecemasan awal terhadap mangsa. - K! ONLINE