Mohd. Noor mencapai sasaran mendaki tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali pada 23 hingga 24 Disember 2016.

Beliau kemudian memulakan pendakian menawan tujuh puncak Banjaran Himalaya iaitu Gokyo RI Peak pada ketinggian 5557 meter (m), Nagarjun Peak (5,100 m), Chukung RI (5,550 m), Kongma La Pass (5,500 m), Khalapattar (5,550 m), EveĀ­rest Base Camp (5,364 m) dan Chola-La Pass (5,420 m) pada 25 April sehingga 17 Mei 2017. 

Mohd. Noor berkata, pengiktirafan itu adalah pencapaian tertingginya selepas mencatatkan tujuh kejayaan dalam The Malaysia Book of Record untuk kategori pendakian solo. 

"Kejayaan ini adalah satu ganjaran atas komitmen yang diberikan, malah ketika menawan Banjaran Himalaya pada ketinggi 5200 m, saya hampir kehilangan jari kiri saya kerana mengalami reput fros (frost bite) ekoran ribut salji berpanjangan. 

"Cabaran-cabaran ini menguatkan lagi semangat saya untuk terus menawan ketinggian dan menyasar untuk mencipta rekod dunia menawan puncak tertinggi Gunung Kinabalu, Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima replika sijil yang disampaikan oleh Ketua Editor Asia Book of Record, Dr. Biswaroop Roy Chowdhury di Hotel Holiday Inn di sini semalam. 

Mengulas lanjut, Mohd. Noor yang juga jurugambar Utusan Malaysia berharap kejayaannya itu mampu menjadi pendorong kepada pendaki-pendaki lain untuk terus menawan ketinggian dengan kesediaan menghadapi pelbagai kemungkinan. 

"Pelbagai cabaran yang terpaksa saya lalui untuk berada pada tahap ini, termasuklah kecederaan fizikal dan terpaksa menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk meneruskan misi. 

"Saya berharap, pencapaian saya menjadi pembakar semangat buat pendaki anak-anak Malaysia yang lain untuk terus menempa nama di mata dunia," katanya. - K! ONLINE