Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, pasukan berkenaan dalam usaha membawa turun Wui Kin, 49, dari kawasan pergunungan tersebut sebelum diberikan rawatan.

“Pada ketika ini (pagi semalam), helikopter tidak dapat mendarat berikutan bentuk geografi gunung tersebut dan pasukan SAR sedang giat meneruskan operasi menyelamat mangsa.

“Kementerian Luar Negeri me­rakamkan penghargaan kepada Kerajaan Nepal, terutamanya kepada pasukan SAR yang terlibat dalam usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.