Difahamkan, dua pekerja tempatan berusia dalam lingkungan 30-an itu tersangkut di tingkat 31 bangunan terbabit kira-kira sejam sebelum diselamatkan anggota bomba yang bertugas.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.12 tengah hari sebelum 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat serta Hang Tuah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kedua-dua pekerja lelaki berkenaan dilihat sedang tersangkut di tingkat 31 bangunan hotel tersebut sebelum operasi menyelamat kedua-dua mangsa dijalankan.

“Kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah berjaya diselamatkan oleh anggota bertugas pada pukul 2.37 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, anggota bertugas dimaklumkan bahawa gondola yang digunakan mengalami masalah teknikal ketika kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira 15 minit kemudian. - K! ONLINE