Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, mangsa, Bakhtiar Mohd. Yusof, 67, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Nor Siah Aliyasar, 47, cedera parah dan anak lelaki mereka, Amir Irfan Mat Radzi, 10, pula dilaporkan cedera ringan.

Pemandu kereta Nissan Almera yang merupakan Pegawai Pe­nerangan Daerah Baling, Azfariza Ismail, 42, turut cedera.

Ketua Polis Daerah Ba­ling, Superintendan Shariffuddin Mohd. Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu Nor Siah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung de­ngan kereta Nissan Almera tersebut.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.