Laporan masing-masing daripada penduduk di sekitar Taman Pasir Putih, Pasir Gudang Baru, Cahaya Baru dan Taman Scientex itu dilakukan mulai 3 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, merangkumi tuntutan ganti rugi berhubung kejadian itu.

Peguam yang mewakili kesemua individu tersebut, Kamarudin Ahmad berkata asas saman tuntutan ganti rugi di atas kecuaian pihak berkuasa dan pemilik kilang yang menjadi dalang kepada pencemaran itu akan dibuat pada Jun depan.

Beliau berkata tuntutan itu akan dibuat setelah pihaknya mendapat kesemua maklumat termasuk laporan kesihatan yang penuh terhadap kesemua anak guamnya.

"Tuntutan saman ganti rugi ini adalah tertumpu kepada kos perbelanjaan dari segi perubatan, perjalanan dan pemeriksaan kesihatan yang perlu ditanggung mangsa. - Bernama