Shahrizan Sarbini, 39, ditemui pukul 7.50 malam dalam keadaan lemah dan kekejangan otot kaki. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba Azmi Abbas berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa bersama lima rakannya  memasuki kawasan hutan paya bakau berkenaan untuk mencari siput pada pukul 8 pagi. 

Katanya, bagaimanapun rakan mangsa mendapati Shahrizan tidak tiba di tempat pertemuan keluar dari hutan pukul 2.15 petang sebelum dua rakan mencari mangsa sehingga pukul 5 petang. 

"Seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 5.53 petang. 

"Mangsa kemudiannya ditemui pukul 7.40 malam dalam keadaan lemah dan mengalami kekejangan otot kiri pada jarak 1.5 kilometer dari pos kawalan operasi mencari dan menyelamat  yang dibuka oleh pihak kami,"katanya. - K! ONLINE