Beliau berkata, jumlah tersebut termasuk 27 orang sedang menuntut di peringkat sarjana, lima orang telah mempunyai ijazah doktor falsafah manakala empat masih menuntut peringkat doktor falsafah.

"Ada 85 pelajar Orang Asli kini sedang belajar di luar negara sejak tahun 2015 melalui program penghantaran pelajar Orang Asli ke universiti di luar negara.

"Jadi saya harap tidak ada lagi persepsi masyarakat yang mendakwa Orang Asli ketinggalan kerana perancangan dan dasar yang dibuat kerajaan memberi perhatian sepenuhnya terhadap pendidikan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pemerkasaan Ibu Bapa Bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa) di Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh, di sini, hari ini. - Bernama