Sebaliknya, Ketua Pesuruhjaya SRPM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad menegaskan penahanan ke atas Mohd. Nuzul Fadli Mohd. Noriyualsaid, 34 dilakukan secara adil tanpa dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan.

“Saya nak nyatakan di sini, apa-apa tindakan yang diambil adalah bersifat profesional, tidak ada sama sekali perkiraan politik.

“Tindakan yang SPRM ambil berdasarkan maklumat dan apabila ada asas kukuh, maka kita menyiasat kes itu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangi Ikrar Bebas Rasuah Pemimpin Persatuan Graduan Muda Malaysia (Graduan) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil.

Khamis lalu, empat individu termasuk anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan aktiviti perlombongan pasir secara haram di Kajang.

Keempat-empat individu tersebut direman hingga 6 Disember ini. - K! ONLINE