Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.55 petang sebelum 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dengan kekuatan tiga buah jentera bergegas ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapati sebuah rumah telah musnah 100 peratus. Anggota mengambil masa kira-kira tujuh minit bagi mengawal api kebakaran.

"Seorang pemuda yang menghuni kediaman tersebut seorang diri terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan. - K! ONLINE