Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Muhammad Farid Johan, 23, dari Sungai Rambai, Jasin meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, mangsa maut selepas motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggangnya terbabas dan terseret sejauh kira-kira 50 meter.

"Akibat kemalangan itu, penunggang tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE