Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (gambar kecil) berkata, pihaknya menjangka proses pemutihan yang dilakukan secara berperingkat sejak 24 Mei lalu itu akan selesai sepenuhnya pada 15 Jun depan.

Menurut beliau, daripada satu juta peminjam PTPTN yang disenarai hitam pada tahun 2000, seramai 655,000 peminjam telah menjelaskan pinjaman dan dibebaskan daripada senarai hitam membabitkan kutipan sebanyak RM1.9 bilion.

“Perbincangan telah dijalankan dengan Jabatan Imigresen dan pemutihan daripada senarai hitam telah pun dilaksanakan secara berperingkat mulai 24 Mei dan dijangka selesai pada 15 Jun depan.

“Akhirnya semua akan dikeluarkan daripada senarai hitam. Maka dengan itu saya percaya bahawa janji yang pertama berkaitan kementerian saya akan dapat kita kotakan.

“Sehubungan itu, jika ada mana-mana peminjam yang dikenakan sekatan dalam proses itu di pintu keluar negara boleh berjumpa dengan kami untuk dilepaskan daripada sekatan ke luar negara,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke Universiti Awam dan Matrikulasi sesi akademik 2018/2019 kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.