Pemangku Presiden UPKO, Datuk Wiflred Madius Tangau yang juga ahli Parlimen Tuaran bersama Setiausaha Agung UPKO, Donald Peter Motunjin tiba di kediaman Mohd. Shafie pada pukul 11.30 pagi.

Difahamkan, kehadiran dua pemimpin tertinggi itu adalah untuk mengadakan perbincangan tertutup dengan pucuk pimpinan Warisan.

Mereka hadir diiringi Timbalan Presiden Warisan merangkap ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking dan Naib Presiden Warisan, Junz Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Aru.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) UPKO bertanding di 10 kerusi Parlimen dan DUN.

Bagaimanapun, parti tersebut hanya menang di kerusi DUN Kuala Penyu, Kadamaian, Paginatan, Nabawan, Kuamut dan Parlimen Tuaran.

UPKO merupakan salah satu parti komponen Barisan Nasional. - K! ONLINE