Visa Furada me­rupakan visa urusan sendiri kepada mana-mana individu atau syarikat terpilih yang menawarkan pakej haji adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Tertuduh, Aminuddin Ab. Rahman, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyerahkan 32 salinan visa jemaah milik Syarikat Haji Harun Seh Umrah & Tours Sdn. Bhd. kepada Razinah Ayob, 63, yang dia percaya salinan visa tersebut adalah Visa Furada diuruskan olehnya.

Mangsa yang juga merupakan pemilik syarikat pengurusan haji dan umrah telah menyerahkan wang berjumlah RM150,000 secara tunai sebagai bayaran untuk mendapatkan Visa Furada di mana wang tersebut tidak akan diserahkan sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Tertuduh didakwa me­lakukan perbuatan itu di Mr. Travel and Services Sdn. Bhd., Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, Puchong pada 26 Ogos lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.