Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, ia berikutan terdapat banyak aduan diterima mengenai masalah di bangunan kediaman tersebut termasuk spesifikasi yang tidak dipatuhi pemaju.

"Hari ini sebuah jawatankuasa komuniti penduduk PPA1M Bukit Jalil ditubuhkan bagi menangani masalah dan aduan pemilik yang tidak berpuas hati terhadap rumah itu kerana tidak seperti apa dijanjikan.

"Pemilik perlu memberi tempoh sebulan kepada pemaju untuk menyiapkan saki-baki kerja yang tidak diselesaikan dan penduduk boleh dudukinya selepas mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan pemaju dan penduduk PPA1M Bukit Jalil di sini hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan masalah yang disuarakan dipercayai timbul berikutan projek PPA1M Bukit Jalil itu siap 17 bulan lebih awal dari tarikh sepatutnya. - Bernama