Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mat Juhid Osman, 49, dari Kampung Hulu, Padang Sanai cedera pada kepala dan patah tangan.

Dia yang merupakan pemilik dusun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang di sini.

Mat Juhid yang ditemani abangnya, Husin, 53, pergi ke dusun tersebut kira-kira pukul 3 petang untuk mengambil buahan-buahan dan membersihkan kawasan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.