Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mat Juhid Osman, 49, dari Kampung Hulu, Padang Sanai mengalami kecederaan parah pada kepala dan patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa dan abangnya, Husin Osman, 53, dalam perjalanan pulang menuju ke arah motosikal masing-masing yang diletakkan sejauh 200 meter dari tempat kejadian.

“Kedua-dua beradik itu terkejut apabila melihat seekor gajah berhampiran mereka dan cuba menghalau bintang tersebut.

"Bagaimanapun secara tiba-tiba gajah berkenaan mengamuk sebelum menyerang kedua-dua beradik itu.

"Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri telah dirempuh dan dipijak gajah berkenaan manakala abang mangsa terselamat apabila berselindung di sebalik sebatang pokok," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Noh memberitahu, abang mangsa kemudian membawa mangsa yang cedera itu ke Hospital Kuala Nerang untuk menerima rawatan.

Namun, Noh berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital itu kira-kira pukul 8 malam.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat," katanya. - K! ONLINE