Mengambil Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai contoh, beliau berkata pemimpin itu mempunyai rekod pencapaian yang baik kerana memegang jawatan sebagai timbalan presiden parti sehingga empat penggal selain menjadi Menteri Besar Selangor selama empat tahun.

"Kita kena buat kerja gunakan kematangan kita pada pemilihan parti kali ini kerana ia penting. Kalau kita tidak matang memilih kepimpinan pada pemilihan parti kali ini, maka pengurusan parti akan terjejas. 

"Kita kena pilih satu 'pasukan' yang bersatu padu, satu 'pasukan' boleh buat kerja sebagai satu pasukan kerana kalau kita tidak memilih mereka sebagai satu pasukan setiap keputusan kita akan berpecah, bila berpecah mana mungkin kita hendak menggerakkan agenda, hala tuju dan aktiviti parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin, di sini malam ini.

Zuraida yang juga calon bagi Naib Presiden PKR berkata gandingan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin adalah yang terbaik dalam usaha menstabil, mengukuh dan memantapkan parti bagi tempoh tiga tahun akan datang.

"Inilah yang kita hendak agar Parti Keadilan Rakyat terus disegani kawan, parti DAP, Amanah (Parti Amanah Negara) dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) serta digeruni Barisan Nasional-UMNO. 

"Inilah pemimpin kita nak, dan yang terbaik bantu Anwar melaksanakan agenda reformasi adalah Datuk Seri Azmin Ali*sudah tentu lebih sempurna lagi pasukan Anwar dan Azmin dilengkapkan dengan Zuraida Kamaruddin calon nombor tiga bagi Naib Presiden PKR bersama barisan exco lain," katanya. - Bernama