Beliau yang mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti bermula 14 September hingga 13 Oktober itu berkata, ini termasuk tindakan calon-calon yang kini mula mengeluarkan kenyataan menggunakan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang jawatan Presiden parti tanpa bertanding.

"Akhbar hari ini melaporkan mereka yang sedang berkempen untuk diri sendiri mendakwa Anwar mempunyai (calon) pilihan. Saya fikir ini suatu yang nakal," kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu ketika ditemui pada Jamuan Tengah Hari bersama Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli di sini hari ini.

Beliau mendakwa pemimpin akar umbi juga tidak selesa dengan situasi apabila calon saling menghentam dan mengkritik.

Katanya, mereka yang mengintai jawatan tinggi dalam parti seharusnya berkempen dengan kekuatan mereka dalam parti. - Bernama