Beliau bagaimanapun mengingatkan calon agar tidak menawarkan sebarang bentuk habuan atau membuat ugutan terhadap anggota yang layak mengundi bagi meraih sokongan mereka yang sekali gus akan merosakkan prinsip demokrasi dalam parti itu.

"Ia (kempen melalui media sosial) bagi pemilihan ini (secara) cukup kreatif selagi mana tidak melanggar undang-undang berkempen ia bukan satu kesalahan bagi saya.

"Apa yang tidak boleh adalah kempen berbentuk memberi tawaran serta habuan yang boleh menyebabkan proses demokrasi itu bertukar menjadi kotor," katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Saifuddin Nasution diminta mengulas tindakan segelintir calon yang bertanding dalam pemilihan parti kali ini yang menggunakan media sosial bagi berkempen mendapatkan sokongan.

Pemilihan PKR 2018 akan diadakan pada 14 September sehingga 13 Oktober depan menggunakan sistem e-undi iaitu proses penggundian menggunakan kertas undi digital dalam peranti elektronik bagi menjimatkan masa, kos serta tenaga manusia.

Kira-kira 800,000 anggota PKR layak memilih pada pemilihan parti kali ini. - Bernama