Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, secara keseluruhan sehingga Mac lepas, kemajuan pembinaannya adalah 14.76 peratus berbanding jadual asal 12.78 peratus.

Beliau berkata, projek infrastruktur mega di negeri berkenaan yang bermula dari Telok Melano, Sematan sehingga ke Miri itu terdiri daripada 11 pakej yang dibina secara berperingkat sejak September 2016.

"Kesemua pakej sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun 2021," katanya semasa menjawab soalan Chong Chieng Jen ( DAP-Bandar Kuching) yang ingin tahu status kemajuan semasa projek lebuh raya berkenaan di negeri Sarawak.

Mengulas lanjut, Rosnah berkata kos bagi setiap pakej adalah antara RM580 juta sehingga RM2.11 bilion. - Bernama