Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pemilihan kontraktor yang berkualiti dalam kadar segera berlaku.

"Kos bagi pembinaan hospital ini lebih RM300 juta dan bakal bermula pada awal 2018.

"Jika tiada sebarang isu, pembinaannya mengambil masa dua tahun dan bakal siap pada 2020," katanya kepada media dalam Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Perlis di Dewan Warisan di sini malam semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Cadangan pembinaan Hospital Padang Besar telah bermula pada 2011 kerana kesesakan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. - K! ONLINE