Platforn e-dagang, Shopee dalam satu kenyataan berkata, hanya dengan membeli sebarang produk Blackpink di YG Official di Shopee anda berpeluang memenangi peluang ke Manila. 

"Satu pembelian di YG Official membolehkan ada menyertai satu penyertaan dan contoh lainnya jika lima pembelian anda boleh menghantar 5 penyertaan," jelas kenyataan itu. 

Shopee menambah, tiada sebarang limit penyertaan untuk sertai Shopee x Blackpink Spend & Giveaway. 

Jika anda yang bertuah dipilih ke Manila bertemu Blackpink, kata kenyataan Shopee anda turut boleh membawa seorang teman baik. 

"Peminat yang terpilih itu akan ke Manila selama tiga hari dua malam bersama seorang rakan yang akan mempunyai sepasang pas VIP bertemu Blackpink". 

"Peminat bertuah itu akan diberikan tiket penerbangan dan penginapan sepanjang berada di Manila," jelas kenyataaan itu. 

Pemenang bertuah akan diumumkan pada 25 Mei melalui emel. - K! ONLINE