Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, Nik Nur Afera Nordin, 26, yang putus paha menghembuskan nafas terakhir selepas hampir dua jam menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Dungun di sini.

Tambah menyedihkan, sebiji durian yang dibawanya dari rumah sewaktu menunggang motosikal Yamaha 125Z turut kelihatan tergolek keluar di lokasi kejadian.

Bapa Nik Nur Afera, Nordin Mat Yusof 56, berkata, sebelum kejadian, Allahyarham anaknya bersungguh-sungguhnya meminta sebiji durian untuk menjamu sepupunya di tempat kerja mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Nik Nur Afera yang telah berkahwin sejak setahun lalu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah restoran di Bukit Besi dari rumahnya di Kampung Burung Baru, Padang Pulut dekat sini.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya, motosikal Yahama 125Z yang ditunggangi mangsa tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta jenis Mazda 3 yang dikatakan cuba memotong kenderaan lain," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE