Katanya, kerajaan akan hanya bertindak sebagi pemangkin industri teknnologi hijau dengan menyediakan dasar dan insentif bagi menggalak pertumbuhan industri ini, manakala pihak swasta mampu berperanan sebagai penggerak dalam menyediakan teknologi, pelaburan dan sumber manusia.

Beliau berkata, industri hijau mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan kerana seluruh masyarakat dunia sedang mengalami masalah perubahan iklim dunia dan masalah pengurusan sisa pepejal.

"Jika Malaysia berjaya menyelesaikan masalah ini pasaran bukan hanya untuk 30 juta rakyat Malaysia tetapi melibatkan seluruh masyarakat dunia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Motivasi Bersama Ikon 2018 di Bakri di sini yang dihadiri lebih 100 pelajar sekolah seluruh daerah Muar. - Bernama