Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, beliau tidak mahu mengulangi kisah lama apabila kerajaan negeri menghalang pembangkang menggunakan dewan orang ramai. 

"Dulu (pembangkang) nak dapat dewan ini susah. Sekarang kita dapat duduk dalam dewan ini. Ini adalah dewan orang ramai milik bersama. Sesiapa pun boleh guna.

"Bagaimanapun perlu ikut prosedur buat permohonan dan sebagainya, " katanya pada Jamuan Kesyukuran Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan.

Kira-kira 300 tetamu menghadiri majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Sendayan dekat sini hari ini. - K! ONLINE