Pengarah Jabatan Perhutanan Ne­geri Kedah, Datuk Mohd. Nasir Abu Hasan ber­kata, arahan yang dikeluar­kan pihaknya itu adalah bagi membolehkan syarikat tersebut me­lakukan baik pulih termasuk membersihkan aliran sungai daripada sisa-sisa balak.

“Kerja-kerja lain yang perlu dilakukan adalah membaik pulih spesifikasi jalan iaitu mempu­nyai sistem perparitan dan pembetungan yang baik.

“Tindakan itu diambil bagi memastikan masalah air sungai dan tadahan air yang keruh dapat dikurangkan,” kata­nya ketika dihubungi ­Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.