Kakitangan swasta, Mazlan Ismail, 37, berkata, dia berasa sedih apabila mendapat tahu dua akhbar itu akan dihentikan penerbitannya bermula esok seperti tersebar di media sosial.

"Saya suka baca Kosmo! kerana beritanya santai dan tidak terlalu berat yang mana ruangan kegemaran saya adalah sukan.

"Akhbar Utusan Malaysia pula merupakan akhbar berbahasa Melayu tertua yang perlu kita kenang jasanya dalam pembangunan negara," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Rakannya, Mohd. Firdaus Ramli, 33, berharap akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia akan terus diterbitkan.

"Pengisian Kosmo! menepati citarasa orang muda manakala Utusan Malaysia pula mempunyai pembacanya tersendiri," ujarnya.
Sementara itu, Norfatehah M. Zahir, 22, berkata, peningkatan harga jualan Kosmo! dan Utusan Malaysia sebanyak 50 sen senaskhah menjadikan masing-masing RM1.50 dan RM2 masih boleh diterima.
"Kenaikan itu dikatakan untuk menampung kos cetak akhbar dan bagi saya, harga baharu yang bermula Jumaat ini adalah berpatutan," tambahnya. - K! ONLINE