Zulhafizie Zulkifli, 27, berkata, penularan berita-berita palsu begitu banyak berlaku terutamanya melalui media sosial menyebabkan para pembaca keliru dengan status sebenar sesuatu perkara. 

“Berita palsu dan tidak diketahui kesahihannya begitu banyak tersebar dan melalui pembacaan di akhbar arus perdana seperti Kosmo! ini, orang ramai boleh membezakan berita benar dan sebaliknya. 

“Semoga akhbar Kosmo! dan laman web Kosmo! Online terus menyajikan berita-berita yang benar yang boleh menangkis khabar angin dan fitnah ini,” katanya. 

Sementara itu, Pensyarah Kejururawatan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Ahmad Kamarul Zaman Abdul Rahaman, 34, mencadangkan Kosmo! dan syarikatnya, Utusan Melayu Malaysia Berhad mengorak langkah memperhebatkan lagi penyampaian melalui akhbar dan juga laman web. 

“Selain itu, saya juga mencadangkan Kosmo! menyediakan akhbar digital yang boleh dilanggan pembaca,” katanya. 

Dalam pada itu, Nabila Huda Mohd. Nor, 28, pula berharap Kosmo! terus menghidangkan berita-berita yang menarik orang muda untuk membacanya. 

“Kosmo! juga perlu membuat kajian mengenai kehendak pembaca terutamanya golongan muda dan melakukan penambahbaikan jika perlu,” katanya. - K! ONLINE