Pengarah Pasukan Khas Jeddah, Bandar Al-Akur berkata, hasil pemantauan udara akan disalurkan kepada Pusat Kawalan Tetap Bagi Keselamatan Awam di Mina yang melakukan pemantauan  menerusi ribuan Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang sekitar Mina, Arafah dan di ketika-tiga tempat melontar di Jamraat serta di stesen Keretapi Metro.

"Sehubungan itu kita akan menggunakan helikopter pelbagai missi Sikorsky bagi memantau keadaan," katanya kepada 11 editor dari negara-negara Islam yang dijemput bagi membuat liputan persediaan musim haji tahun ini.

Kesemua 11 orang pengamal media dari Pakistan, Malaysia, Senegal, Turki, Sudan dan Indonesia itu diberi peluang keemasan bagi merasai sendiri  tugas pemantauan udara dengan menaiki  pesawat Sikorsky yang dipimpin oleh Ketua Operasi Pengawasan Udara Kolonel Ibrahim Enani.

Tanpa mendedahkan maklumat terperinci, beliau berkata, pemantauan dilakukan setiap hari oleh lebih 20 Sikorsky yang berada di pangkalan udara. - Bernama