Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Yazid Mohamad, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada beberapa bahagian badan.

Sementara itu, dua kelindan treler berkenaan iaitu Mohammad Dary Ardshad, 18, turut cedera akibat tersepit manakala, Muhammad Azzhar Aziq Kamsani, 18, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamaruddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.17 pagi sebelum 10 anggota bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian mendapati dua orang mangsa masih tersepit di dalam treler yang remuk itu. 

"Kita kemudiannya bertindak memotong dan mengumpil pintu di bahagian pemandu dan kelindan untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan pemandu treler disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi sini hari ini 

Beliau menambah, seorang lagi kelindan yang tidak mengalami sebarang kecederaan dipercayai keluar dari treler itu secara sendirian. 

Jelas Azmel, pemeriksaan di lokasi kejadian juga mendapati sebuah lagi treler didapati telah tiada di tempat kejadian. - K! ONLINE