Hakim Zulhelmy Hasan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhamad Syahrul Nizam Anuar,28, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada kes pendakwaan itu.

Hukuman penjara itu diarah berjalan semalam dan mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan lagi sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut. Tertuduh turut hilang kelayakan memandu selama tiga tahun.

Bagaimanapun, hukuman penjara terhadap tertuduh ditangguhkan selepas mahkamah membenarkan permohonan peguam, L. Raj yang mewakili tertuduh sehingga rayuan kes selesai di Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu, mahkamah turut meĀ­ngenakan syarat jumlah jaminan dinaikkan sehingga RM50,000 selain tertuduh diarah melapor diri di balai polis berdekatan sehingga kes tersebut selesai.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.