Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Abdullah Sani Said,60, yang menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150 dikatakan dalam perjalanan ke rumah TPM di Segambut dari arah Mont Kiara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Peguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd. Salleh berkata, mangsa parah akibat pendarahan pada kepala akibat bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC ditunggang seorang lelaki yang datang dari arah Segambut.

“Lelaki itu bertembung dengan mangsa akibat cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari persimpangan Persiaran Prima Pelangi.

“Akibat kemalangan itu pemandu TPM parah dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, polis kini mengesan pemilik motosikal WC 5712 F yang dipercayai terlibat dalam kemalangan itu bagi membantu siasatan.

“Kita kesan pemilik motosikal itu ekoran dia tidak dapat dikesan di lokasi kejadian dan tiada laporan berhubung kemalangan itu dibuat setakat ini,” ujarnya. - K! ONLINE