Pengarahnya, Nora Yaacob berkata, pihaknya menetapkan sebelum 31 Julai ini untuk mereka yang berkenaan agar segera bertindak daripada dikompaun mengikut Seskyen 75 Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Katanya, kompaun itu antara RM500 hingga RM4,000 akan dikenakan bergantung tempoh kesalahan yang telah dilakukan dan sekiranya gagal pendakwaan akan diambil.

"Pendakwaan akan dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang mana sabit kesalahan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau melebihi 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Pihak Perkeso telah mengambil pelbagai inisiatif dalam memberi kesedaran dan memberi penerangan faedah-faedah yang ada sekiranya mencarum Perkeso," katanya pada sidang akhbar sempena Ops Pemutihan Perkeso di sini hari ini.

Ops Pemutihan Perkeso itu melibatkan 15 anggota dari unit penguatkuasaan dengan dibahagikan tiga kumpulan dan lokasi menjadi tumpuan adalah kawasan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Chong Hwa, SRJK Peir Chih dan stesen teksi di Kubang Kerian dekat sini.

Katanya, pihaknya sedaya upaya berusaha mendekati golongan tersebut sejak tahun 2017 namun tidak menggalakkan dan terpaksa mengadakan tujuh sesi libat urus kepada mereka.

"Sekarang Perkeso merekodkan hanya 11 peratus sahaja mendaftar dengan pihak Perkeso melibat 254 pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas sekolah daripada jumlah kesuluruhan 2193," ujarnya. -K! ONLINE