Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, pemandu yang berumur lingkungan 30-an mengalami kecederaan di bahagian kepala selain tersepit di tempat duduk pemandu.

"Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan pemandu yang tersepit di tempat duduknya dan kemudian dia dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) menggunakan EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) untuk rawatan lanjut. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, operasi mengeluarkan lelaki yang memandu lori 10 tan membawa muatan pasir itu disertai 13 anggota daripada balai yang sama.

"Sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.39 pagi, kami bergegas ke lokasi yang berjarak lapan kilometer itu menggunakan sebuah jentera FRT (Fire Rescue Tender), sebuah kenderaan EMRS dan Toyota Hilux," katanya. - Bernama