Warga emas berusia 73 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan sungguhpun keretanya jenis Toyota Corolla rosak teruk manakala sebuah trak cuma mengalami kerosakan kecil.

Kejadian itu berlaku pada 10 pagi  ketika hujan lebat apabila pokok yang rendang itu tiba-tiba tumbang ekoran angin kuat lalu menghempap kedua-dua kenderaan itu.

Anggota Bomba dan Penyelamat Labuan serta dari anggota Perbadanan Labuan bergegas ke tempat kejadian dan menggunakan jengkaut untuk membersihkan jalan daripada sisa dahan pokok itu. - Bernama