Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 7.06 malam.

“Seramai tujuh anggota dan sebuah jentera dikejarkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara ke lokasi kejadian.

“Setibanya di sana, anggota yang bertugas mendapati pemandu lori berusia 28 tahun itu tersepit di antara lori dan dinding selepas lori tersebut menggelungsur walaupun brek tangan sudah ditarik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius di tubuhnya dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh melalui ambulans paramedik di lokasi kejadian berkenaan. - K! ONLINE