Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Safuan Moslan, 23, selepas dia mengaku bersalah  terhadap dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah pada 19 Februari lalu. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 1 bulan antara pukul 1.30 pagi dan 1. 30 petang di sebuah rumah dalam daerah Melaka Tengah di sini pada 3 Ogos 2017. 

Bagi kesalahan itu, Muhammad Safuan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 

Terdahulu, pemuda itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan atas alasan menanggung ibu yang uzur, selain memohon hukuman dijalankan serentak.

Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban bagaimanapun mencadangkan hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah jenayah berat.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama serta penjara dua tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua. 

Meor Sulaiman turut memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu dijalankan  serentak bermula dari tarikh jatuh hukum. - K! ONLINE