Dalam kejadian kira-kira pada pukul 4.30 petang itu, mangsa, M. Paramanazan, 69, yang berasal dari Sungai Siput itu mengalami patah tangan kiri, patah tulang rusuk kiri, luka di lengan kanan dan disyaki patah leher. 

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan anaknya yang berusia 40-an menaiki lori tersebut sedang perjalanan dari Jeli ke Gerik. 

“Menurut anak mangsa, apabila tiba di tempat kejadian, ayahnya bertindak menghentikan kenderaannya dan turun untuk melihat gajah yang berada di kawasan tersebut. 

“Gajah tersebut tiba-tiba mengejar dan memijak mangsa menyebabkan dia mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah Ismail, anak mangsa kemudiannya membawanya ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan lanjut. - K! ONLINE