Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi tadi, mangsa, Lee Nyuk Fook, 53, disahkan maut di lokasi manakala kelindan, Rumih Yosep, 18, pula patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan Sivanathan Velautha berkata, sebelum kejadian lori jenis Nissan itu dalam perjalanan dari daerah Sandakan menuju ke daerah Kota Marudu untuk menghantar minyak.

“Sebaik tiba di jalan berselekoh yang menuruni bukit brek kenderaan berat berkenaan dikatakan tidak berfungsi sehingga menyebabkan ia terlanggar lereng bukit sebelum terbalik.

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori maut di tempat kejadian dipercayai tersepit manakala kelindan pula patah kaki kiri,” katanya hari ini. - K! ONLINE