Kejadian di Kilometer 32 itu mengorbankan Sharif Saidin, 40, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan cedera parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Mengulas berhubung kejadian itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, lori jenis Mitsubishi Fuso dipandu mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke Rompin sebelum terbabas.

"Apabila tiba di tempat kejadian, lori dipandu mangsa telah terbabas dan melanggar bahagian belakang sebuah lori jenis Nissan yang berhenti di bahu jalan," ujar beliau menerusi kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.

Ujar beliau lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE