Dalam kemalangan pukul 4.58 pagi itu, mangsa, Phang Chan Phiaw, 67, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan 
parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, semasa kejadian, lori dipandu mangsa sedang dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

"Lori itu kemudian melanggar sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan sebelum dia tercampak keluar dan mengalami kecederaan parah.

"Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. - K! ONLINE