Tertuduh, Soo Ming Horng, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Berdasarkan pertuduhan, Ming Horng didakwa mengangkut 8,000 karton rokok jenama Touro, Luffnam (4,950 karton), Impact (1,920 karton) dan Luffnam Classic (80 karton) yang mengandungi 2.27 juta batang rokok putih bernilai RM661,200 dengan menggunakan lori.

Dia didakwa melakukan perbuatan demikian di Plaza Tol Kerteh, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) pada pukul 3 pagi, 30 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.

Kosmo! Online 5 September lalu melaporkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mematahkan cubaan sindiket penyeludupan selepas merampas 2.27 juta batang rokok seludup. - K! ONLINE