Dalam kejadian itu, pemuda yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan di belakang kepala dan tangan kanan akibat dipukul lelaki terbabit yang berusia 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad (gambar)berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang telah berkahwin mengambil Grab dari Melaka Sentral ke rumahnya di sekitar Kesidang kira-kira pukul 9.50 malam.

Menurutnya, setiba di rumah, wanita yang berusia 30 tahun itu enggan turun dan meminta pemandu Grab tersebut membawanya pusing-pusing terlebih dahulu kerana mendakwa sedang mengalami masalah rumah tangga.

“Dalam perjalanan pulang ke rumah, wanita terbabit mendakwa terlelap sebelum dirinya dirogol di dalam kenderaan sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.