Mayat Mohd. Hanafiee Jaafar, 27, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3.30 petang selepas sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipercayai milik mangsa ditemui di kawasan tapak bazar Ramadan, Indah Permai di Sepanggar.

Jarak antara lokasi mayat ditemui dengan kawasan penemuan kereta adalah kira-kira 30 kilometer.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai telah disamun dan dibunuh sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

 Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.